Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu


Doa Selepas Solat Fardhu
Doa adalah salah satu daripada anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. untuk hamba-hambaNya sebagai senjata yang amat berguna. Ianya dikurniakan kepada kita semua untuk membuat hajat dan memohon apa sahaja pertolongan daripada Yang Maha Esa. Apa yang lebih menggembirakan adalah ianya boleh dibuat hampir pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (melainkan terdapat beberapa larangan, seperti larangan berdoa di dalam tandas), terutamanya membacakan doa selepas solat.

Berdoa selepas solat adalah salah satu daripada waktu yang dikatakan paling adfhal kerana ia dibuat sejurus selepas kita menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta. Terdapat juga beberapa jenis bacaan doa yang boleh dikatakan telah menjadi standard yang sering dibacakan oleh imam-imam di surau & masjid (merujuk kepada demografik di Malaysia). Panduan doa ini juga amatlah berguna buat saudara yang mula berjinak-jinak untuk menjadi imam (alhamdulillah syukur!). Jadi, di sini suka untuk saya kongsikan 2 versi doa yang lazim dibacakan. Terdapat juga kaedah bacaan rumi untuk memudahkan sebutan dan bacaan. Doa-doa ini juga adalah ringkas dan mudah untuk dihafal.

P/S: Jika anda mencari doa selepas solat Dhuha, sila klik pautan ini.

Versi Doa Selepas Solat (Jawi & Rumi Beserta Makna)
Doa Versi 1
Bacaan Jawi:
(visual terbaik jika diakses menggunakan telefon pintar)


Doa Selepas Solat Fardhu | Panduan Bacaan Jawi & Rumi beserta maksud Doa
Bacaan Rumi:

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,

Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.

Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

Maksud Doa:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Versi 2
Bacaan Jawi:
Doa Selepas Solat | Bacaan Jawi serta Rumi untuk Panduan Anda
Bacaan Rumi:


Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.

Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.

wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.

Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.

Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

Makna Doa:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada kita semua. In Sha Allah.

Nota: Admin berkongsi maklumat ini dengan niat ingin menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin memperkasakan ibadah masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat yang dipaparkan di dalam artikel ini, Admin ingin memohon maaf dan meminta kerjasama pembaca untuk membuat teguran dan cadangan di ruangan komen. In Sha Allah, Admin akan sedaya upaya membuat pembetulan secepat mungkin.


Video Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat


Subscribe to receive free email updates: