Resepi Air Cendol Pulut Yang Sedap|HARI ini, saya nak kongsikan satu resepi iaitu 'Resepi Air Cendol Pulut Yang Sedap' khas buat pengunjung setia blog ini. Bukan susah pon nak sediakan bahan dan membuat cendol pulut tersebut. Memang sedapp kalau dimakan pada waktu cuaca yang panas dan juga sesuai pada bulan Ramadhan ini. Jom lihat resepi dibawah!
Resepi Air Cendol Pulut Yang Sedap
Bahan-bahan: Untuk Cendol
100 g tepung beras
2 susu besar tepung ubi
Sedikit air kapur
700 ml air pandan
Bahan-bahan: Untuk Cendol Pulut
200 g gula merah
100 g gula pasir
200 ml air 3 helai daun pandan
500 ml pati santan
Sedikit garam
200 g kacang merah (Ikut suka anda)
200 g jagung dalam tin (Ikut suka anda)
Ais secukupnya
Pulut siap ditanak
Cara Membuat Air Cendol Pulut:
1. Pertama kali, beras pulut perlu direndam terlebih dahulu semalaman kemudian dikukus sehingga masak.
2. Satukan santan cair bersama garam kemudian direnjis di atas pulut kukus. Gaulkan rata dan ketepikan.
3. Kemudian, satukan gula merah bersama gula putih, air dan juga daun pandan.
4. Didihkan sehingga menjadi air gula pekat kemudian ditapis dan disejukkan.
5. Sebelum dihidangkan, campurkan cendol bersama air gula pekat, santan dan juga ketulan ais. Kacau sehingga rata.
6. Selepas itu, hidangkan bersama pulut yang telah dikukus apabila hendak makan.
Selamat mencuba di rumah!