Saya masih ingat beberapa tahun lepas, seorang pencipta superhero tempatan terkenal menghubungi saya utk dtg berubat. Waktu itu saya masih bertugas sebagai wartawan di majalah Mastika. Saya tinggal di apartment di Sungai Tangkas.
"Tuan boleh datang ke rumah saya..tapi apartment. Boleh ke?"
Dia balas,
" Boleh In sya Allah. Saya dari Putrajaya je."
Seperti dijanjikan pada pukul 5 petang hari Ahad itu dia sampai bersama anak-anak yang memapahnya. Masya Allah, kesihan pula tengok susah payah dia keluar dari kereta menuju ke lif. Tapi riak wajahnya tak mennunjukkan kepayahan. Riak wajahnya menggambarkan segunung ketabahan dan kepasrahan.
Saya masa itu dah tahu identitinya saya jadi segan sikitlah. Bukan calang-calang orang yang nak berubat dengan saya petang ini. Beliau terus dimasukkan ke bilik solat yang juga bilik rawatan dan terus dibaringkan. Nampak benar tulang rusuknya menonjol keluar berbeza perutnya mengembung dengan pusatnya terjojol spt mata manusia menjegil mahu pecah.
"Dah pergi ke Darul Syifa?"soal saya selepas beberapa ketika.
"Sudah ustaz. Tapi belum ada izinNya lagi saya reda.."
"Boleh ceritakan sikit macam mana bang sakit ni.." saya tak sabar-sabar mahu dengar asal muasal beliau sakit. Saya memanggilnya 'bang' atau 'abang' sepanjang perbualan itu tanda penghormatan kepada beliau yang lebih tua daripada saya.
Lalu berceritalah beliau...yang saya boleh jadikan pengajaran di sini..katanya dia tidaklah baik sangat. Maklumlah bila menceburi bidang ni, macam-macam manusia dia jumpa. Adakala sebab nak melayan pelabur kena ikut gaya hidup pelabur itu sikit sebanyak. Masya Allah, rasanya tak usahlah saya sebutkan detail. Apa boleh saya beritahu rakan fesbuk yang budiman, jauhilah gaya hidup tak sihat spt merokok, alkohol dan berzina. Macam biasa bila dah dpt banyak projek, mulalah org lain dengki iri hati. Buat macam-macam pada beliau...
"Tapi ustaz..saya tetap sangka baik...saya tahu saya bukan baik sangat..."
"Ya betul tu bang. Walau bagaimanapun, kita selaku manusia haruslah berikhtiar berubat dan mencari penawar. Kita bersalah kita bertaubat kepada Allah. Moga-moga Allah ampuni dosa kita."
Beliau menangis teresak-esak. Pedih pula mata ini macam kena cabai Melaka.
"Sabar bang...saya hamba Allah biasa-biasa saja. Macam ini, saya cubalah dulu, kalau ada izinNya moga-moga Allah tunjukkan jalan."
Beliau mengesat matanya lalu berusaha mengawal emosinya. Saya menyuruh beliau agar beristighfar, bersyahadah dan berselawat dan membaca kalimah basmallah 21x.
Saya mula memperkemaskan sila dan memasang niat. Sewaktu saya larut dalam zikir, kelihatannya satu sosok makhluk besar mukanya memenuhi ruang scan saya. Terus saya besarkan roh hingga mengatasi 'besarnya' benda alah hudoh tu.
"Kau jangan campurlah urusan aku kalau tak nak nahas budak!"
"Kapak bukan sebarang kapak.Budak bukan sebarang budak!" lebih kurang begitulah saya berbasa basi pula. Bukan apa terkejut tak habis lagi hadap muka hudoh hidung besar mata terjojol keluar.
Lantas apa lagi, terus saya kasi dia nur Dzul Faqor satu kali, tup pong meletup ghaibul ghuyub! Layar scan saya kosong hening. Saya buka mata. Lantas saya letakkan telapak tangan kanan ke perutnya. Saya pejam mata lagi dan pandang dalam dari Titik Nun. Aku titik Nun kau hampa kosong maya. Begitu lebih kurang jampinya. Saya tengok macam semangat ke qarin ke melabu seperti asap berpusar-pusar pada perutnya.
Mak aih, apa kona pelik sangat ko ni jang! Dengan makrifat huruf Nun saya kunci aliran pusar itu. Dan saya hancurkan ia dengan Alif Tegak. Lantas beliau sendawa berturut-turut sampai tersedar saya ke alam syahadah semula. Kemudian secara nyata, saya mendengar perutnya berbunyi suara raungan dan tangisan berganti ganti maraton. Semerta perutnya kempis 2 inci, rasa lembut sikit perutnya.
"Masya Allah Quwwata illa billah...boleh tahan permainan orang zalim ni."
Mulut beliau melopong. Matanya terbeliak mendongak ke atas. Peluh menitis laju meleleh dari lengan ke siku. Rumah tak ada penghawa dingin.
Saya cuba lagi masuk, aik pi mana dah benda alah tadi. Cari-cari dalam kabus tu. Selak dalam lagi dalam lagi sampai...jumpa kembar diri beliau berdiri tegak dan tersenyum.
Terkejut juga saya lantas kembali kesedut semula ke alam syahadah. Tersandar ke dinding. Mujur masa itu belum ada anak. Kalau tak mahunya dipanjatnya badan saya sewaktu berkelana di alam sana itu.
"Maafkan saya bang. saya dah cuba sedaya upaya saya. Sebenarnya yang buat tu..."
"Tak apalah ustaz tak payah beritahu. Saya cukup bersyukur dpt berubat dengan ustaz. Saya tahu ustaz ni bukan calang-calang juga. Cuma ustaz...saya lalai lupa diri..kalaulah saya mcm ustaz...aduhai..."
"Sabar bang, hanya Allah memberikan kita kekuatan utk taat la haulawala quwwata illa billahilaliyil azhim."
Beliau memeluk saya erat dan hangat. Allahuakhbar!
Itulah kali pertama dan terakhir saya ubatkan beliau. Memang beliau ada maklumkan kepada saya keadannya semakin membaik, sudah dapat berak dan perutnya kempis dari sehari ke sehari. Namun pada satu hari saya diberitahu oleh isterinya yang beliau meninggal dunia dengan tenang dan senyuman.
Beliau bukan calang-calang sebagai anak seni tapi juga sebagai ahli dlm bidang ini cuma ujian kehidupan yang bertepatan dtg sekali dengan sihir angkara murka khianat hasad manusia, sebangsa seagama beliau menghadapi ujian sakit sebegitu. Moga-moga Allah ampunkan dosanya dan sama-samalah kita merenung diri kita dan jadikan ia sebagai iktibar.
-al-faqir-
0136421228
(rawatan dan pengajian keilmuan)
0136421228
(rawatan dan pengajian keilmuan)
Dilarang menebak siapa karyawan tersebut ambillah pengalaman saya yg tak seberapa ini sebagai ibroh kita bersama