Bahan-Bahan:
ayam – potong pada ketulan besar, perap dan goreng
1/2 cawan kicap manis
1 biji bawang Holland – dipotong dadu
2 biji cili merah
1 biji cili padi
.garam
.gula
Daun kari
Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
.halia sedikit.
.sedikit lada hitam.
Cara-Cara:
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam.
Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.