Masyarakat Islam harus bersifat empathy dan insaf bahawa sudah ramai saudara kita menjadi mangsa korban dibunuh oleh Zionis Yahudi dan sekutunya di Iraq, Afganistan, Mesir, Filipina dan negara2 di benua Afrika. Di Palestine sahaja dalam tempoh sebulan ini (sehingga 8/8/2014) sekurang-kurangnya 1,875 rakyat Palestin telah terkorban yang kebanyakannya orang awam akibat serangan ganas bertubi-tubi tentera Israel, sementara lebih daripada 9,500 yang lainnya mengalami kecederaan.
Dalam tempoh 4 minggu ini, Rejim Zionis telah turut melakukan kezaliman dan kemusnahan yang tidak bertamadun sehingga memusnahkan lebih 60 buah masjid, 1500 buah bangunan termasuk university, sekolah dan pusat perlindungan PBB.
Kita sebenarnya dituntut untuk berjihad membela saudara Islam kita dalam apa sahaja cara yang termampu seperti jihad boikot untuk tidak membeli produk Israel dan Amerika. Janganlah memberi dan mengeluarkan wang membantu ekonomi mereka sehingga membolehkan Zionis Yahudi membeli senjata membunuh orang Islam.
Boikot Produk Israel
Berikut adalah senarai produk dan Syarikat Israel dan Amerika serta sumbangan mereka kepada rejim Zionis dan Amerika:
1) Nama Syarikat : Nestle
Produk : Makanan dan Minuman
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Nestlé adalah syarikat makanan Swiss terbesar di dunia. 53.8% saham pelaburannya yang bernilai lebih $ 850 juta, dimiliki oleh syarikat pengeluar makanan terkemuka Israel, Osem. Nestle mempunyai 9 kilang di Israel, Rusia (11) dan China (18). Ia adalah bilangan tertinggi di mana-mana negara di Asia. Dan pada Mei 2011, Nestle mengumumkan rancangan untuk membina kilang lain di Israel, sebuah kilang ais krim bernilai $ 40 juta.
Pada tahun 1998, Encik Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli oleh Perdana Menteri Israel Netanyahu. Pada tahun 2000, Nestlé mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Berikutan anugerah pada bulan Jun 2002 Nestle membuka Pusat Penyelidikan & Pembangunan di Israel, di Sderot. Dan sejak itu ia telah semakin meningkat pelaburan di Israel, kepentingan awal 10% dalam Osem kini telah berkembang kepada mengawal 53.8%.
Nestle juga memiliki Nespresso Israel Ltd di Tel Aviv yang membekalkan peralatan pembuatan kopi. Pada tahun 2010 Nestle memperoleh $72,000,000 (51%) kepentingan dalam syarikat Israel babyfood Materna Laboratories. Nestlé juga memiliki 30% kepentingan dalam L’Oréal, sebuah lagi syarikat yang perlu diboikot.
2) Nama Syarikat : Danone
Produk : Makanan, Minuman Dan Biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant’ Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.
3) Nama Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut – KFC
Produk : Minuman dan Makanan
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari pemerintah Israel kerana lebih 30 tahun menyokong rejim Zionis serta membantah pemulauan Liga Arab terhadap Israel.
4) Nama Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
5) Nama Syarikat : Disney
Produk : Kartun, Filem, Taman Tema
Jenama : Disney, Disneyland, Euro-Disney,
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
6) Nama Syarikat : News Corporation
Produk : Media & Hiburan
Jenama : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur ribuan juta dollar dalam menyokong propaganda Israel.
7) Nama Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
8) Nama Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia, syarikat Finland telah melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
9) Nama Syarikat : IBM
Produk : Komputer
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
10) Nama Syarikat : Intel, Dell, Hp, Compaq
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
11) Nama Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney, Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew, Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
12) Nama Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
13) Nama Syarikat : L’Oreal
Produk : Barangan Mewah Pengguna
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat kepada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L’Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.
14) Nama Syarikat : Estee Lauder
Produk : Barangan Pengguna
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
15) Nama Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Tuala / Tissu
Jenama : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe, Pengerusi Kimberly Clark, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
16) Nama Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan & Bayi
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
17) Nama Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, Sabun, Syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean.
18) Nama Lain-Lain Syarikat
MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz, Herbalife, Starbuck.
Produk dan buah2an import menggunakan label Singapura seperti minyak zaitun, buah orange, anggur, epal, delima dan pisang kaki yang sebahagian besarnya berasal dari wilayah rampasan Israel di Palestin.
Lihatlah betapa banyaknya produk Israel yang telah lama bertapak dan berakar umbi di negara kita. Maka marilah kita memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel seperti senarai di atas. Tambah memberikan kesan jika ia dapat dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.
Sedarlah, sekurang-kurang dengan kelemahan iman, kita hendaklah turut berjihad perut dan wang agar tidak membeli produk dan menyumbang kepada ekonomi zionis yahudi Israel dan Amerika. Berhentilah merokok kerana ianya telah difatwakan haram malah setiap ringgit yang dikeluarkan berkemungkinan menyumbang kepada pembunuhan saudara seIslam kita.
Di dalam pasaran telah ada begitu banyak barangan buatan Malaysia dan produk Bumiputera Muslim khasnya sebagai altenatif dan pilihan. Jadi belilah produk keluaran usahawan Muslim dan bantulah tingkatkan ekonomi saudara seagama kita. Produk barangan yang belum ada alternatifnya dan kalau masih terpaksa menggunakannya, gunalah dahulu tetapi terdapat tanggungjawap fardhu kifayah ke atas seluruh umat Islam di situ…
Pekerja dan pengusaha Islam yang terlibat menjual barangan yahudi Israel dan Amerika harus sedar dan mencari pekerjaan atau bisnes alternatif dengan mencipta produk sendiri. Kita sudah tidak sanggup lagi melihat rakyat Palestin terus ditindas, maka janganlah bersubahat membunuh saudara seIslam semata2 kerana kepentingan mencari wang dan keuntungan.
Israel dan Amerika mengambil duit kita dengan membuat peluru, bom dan senjata merbahaya hanya untuk berperang dengan Palestin dan memerangi Islam keseluruhannya. Tindakan boikot oleh pengguna ini mampu memberi impak maksimum dalam memberi tekanan kepada Israel dengan cara melemahkan ekonomi mereka. Maka marilah kita bersama bersatu memboikot produk barangan Yahudi Israel dan Amerika secara berhemah, penuh adab dan tanpa melakukan perbuatan melampau untuk memberi mesej protes yang tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin demi keteguhan dan memartabat Islam sejagat.