Ada bertanya, sejauh manakah persediaan umat Islam dlm menghadapi gerombolan Yakjuj Makjuj dan Dajjal? Jawapan, setelah Zikir dpt menjadikannya kuat walau tanpa makanan. Zikir menjadikannya kuat utk berjaga sepanjang malam. Zikir menjadi ubat ketika sakit. Zikir menjadi senjata dan perisai drp serangan nyata dan ghaib para musuh. Kerana ketika kepimpinan Dajjal telah zahir di muka bumi ini (buat masa ini Dajjal mengawal dunia melalui proksi) Dajjal akan mengawal semua bekalan makanan dan ubat-ubatan, mempamerkan sihirnya berkali-kali ganda lebih ajaib drp sihir penyihir Firaun, Dajjal tidak pernah berhenti siang dan malam utk menjejakkan kakinya ke setiap sudut ceruk pelusok bumi, Dajjal akan menguasai lokasi strategik stp negara di setiap tempat di dunia ini. Kalau kita renung-renungkan para ulamak, imam mazhab dan awliya sejak beribu beratus tahun lampau telah bersiap siaga bersedia menghadapi kedatangan Dajjal. Bahkan Baginda Rasulullah sendiri tidur di atas pelepah tamar yg kasar, agar Baginda mudah bertahajud, mengikat perut dengan batu kerana menahan lapar dan seterusnya. Para ulamak salafus soleh dan tabiin menjadikan malam umpama siang yg terang bertenaga, al Quran dikhatamkan berkali-kali dlm masa sehari atau seminggu, solat sunat beratus rakaat sehari semalam, berzikir sepanjang malam dan sebahagian waktu siang, tidak pernah kenyang selama berpuluh tahun dan seterusnya. Kesungguhan dan Kekuatan Zikir kpd Allah yg diterjemahkan dlm pelbagai bentuk amal soleh dan menahan nafsu merupakan suatu Riyadhoh utk mempersiapkan dan memperkukuh juangkan jiwa raga. Namun akhir zaman itu dimana munculnya Dajjal tidak ditakdirkan pada zaman mereka. Barangkali di zaman kita dimana usia dunia terlalu tua renta namun masih ramai dikalangan kita merelakan diri ditipu duniia dan syaitan. Bangkitlah kita semua dgn sebenar-benar kebangkitan! Musuh kita sentiasa maju ke hadapan manakala kita masih berkecamuk dgn saudara sebangsa seagama sendiri!