PERNAH pada satu ketika seratus ulama fiqh Bagdad berkumpul dengan masing-masingnya membawa masalah untuk ditanyakan kepada Sang Qutbul Alam, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani Qaddasallahusrruhu dalam satu majlis. Syeikh Abdul Qadir Jailani hanya menundukkan kepalanya (Tafakur dan Tawajjuh), tiba-tiba memancarlah CAHAYA/NUR bersinar daripada dadanya menembusi dada para ulama itu hingga hilanglah segala persoalan di hati mereka. Ulama-ulamah fiqh itu semua yang sudah mempersiapkan soalan-soalan drp sekian banyak masalah-masalah agama seolah-olah hilang begitu sahaja, DIGANTIKAN DENGAN rasa GEMENTAR, kebingungan dan seakan-akan tidak berdaya, bahkan ada yang mengoyakkan pakaiannya dan penutup kepala atau serban di kepala mereka. Kemudian Syeikh Abdul Qadir Jailani duduk di kerusinya dan memberikan jawapan terhadap SEMUA SOALAN ULAMA tersebut dengan lengkap sempurna (walau ada soalan itu belum dilontarkan, inilah antara pakaian para wali Allah spt maksud hadis berkenaan FIRASAT dan NUR ALLAH), lalu para ulama fiqh mengakui kelebihan dan karomah pada Syeikh Abdul Qadir Jailani lalu mereka pun ikut TUNDUK (TAFAKUR-TAWAJJUH).
Untuk makluman anda, setiap hari Syeikh Abdul Qadir Jailani mengajar lebih 13 jenis ilmu agama di Madrasahnya iaitu:
1. Tafsir al-Qur’an
2. Ilmu Hadis
3. Ilmu Khilaf
4. Ilmu Ushul
5. Ilmu Nahwu
6. Ilmu Qiro’at
7. Ilmu Huruf
8. Ilmu Qowaafi
9. Ilmu Ma’aani
10. Ilmu Badi’
11. Ilmu Bayan
12. Ilmu Mantiq
13. Ilmu Tasawwuf
Beliau memberikan fatwa mengikut Mazhab Imam Syafi’i r.a dan Mazhab Imam Hambali r.a. Ulama Iraq memuji beliau dengan mengatakan ‘Maha Suci Allah Yang Mengurniakan kepadanya Ilmu Yang Begitu Luas’.
Ya Allah hamparkanlah bau harum keridoanMu kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani dan anugerahkan kepada kami BERKAH RAHSIA KEWALIAN sebagaimana Dikau Berikan kepada Beliau.
Sumber : Diolah drp Manakib Syeikh Abdul Qadir Jailani Qaddasallahusirruhu.
al-Faqir Muhammad Ali As-Sammaniyyah
Ijazah Kubro "Ilmu Nurullah"
013-642 1228