SUNGAI PETANI – Seorang jemaah Malaysia yang sedang menunaikan umrah dilaporkan meningggal dunia semasa dalam perjalanan ke Raudhah, Masjid Nabawi jam 9 malam waktu tempatan.
Mutawif Fadlim Travel, Nurulaswar Nasron berkata, allah yarhamah Siti Faridah dalam keadaan baik dan sihat sebelum kejadian selain sempat berkumpul dan merakamkan gambar kenangan bersama beliau dan jemaah lain 15 minit sebelum kejadian.
“Allah yarhamah terja tuh ketika dalam langkahnya menuju ke Raudhah iaitu Satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jemaah untuk berdoa selain berdekatan dengan makam Rasulullah SAW,” katanya.
“M4ngsa dibawa ke Hospital Al-Ansar di Madinah untuk dir4wat namun disahkan meningggal dunia,” katanya.
Menurut Nurulaswar, maklumat kem4tian dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bagi memperoleh surat kebenaran untuk urusan peng3bumian selain memaklumkan ahli keluarga yang berada di Kota Kuala Muda, Kedah.
Menurutnya, beliau dan agensi bersyukur apabila urusan peng3bumian berjalan lancar dan diuruskan pihak pengurusan Masjid Nabawi.
“Arw4h disem4dikan di Baqi’ yang terletak bersebelah Masjid Nabawi selepas solat Zohor ini,” katanya.
Raudhah adalah ruang dalam Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia berdoa dan dikatakan antara tempat paling mustajab untuk berdoa.
Bersebelahan Raudhah terdapat makam Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khatab.
Video tentang Raudhah: