“Tidak akan terjadi hari kiaa mat sehingga tanah Arab menjadi subur Makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai.” Hadis Riwayat Muslim. 🙁
TABUK: Warna putih dan coklat bergabung menjadi satu ketika salji menutupi kawasan gurun di rantau tengah dan barat laut di Arab Saudi selepas suhu turun sehingga bawah paras beku. Di Shakra dan Tabuk, lapisan salji nipis menutupi tanah.
Seorang pensyarah sains kaji cuaca di Universiti Qassim, Prof Abdallah Al-Musanad, memberitahu laman web berita Alarabiya.net, hujan lebat dijangka berlaku hujung minggu ini di bahagian barat, timur dan tengah Arab Saudi.
“Ini adalah musim hujan kedua walaupun tempoh 40 hari sudah berlalu sejak berakhirnya musim hujan,” kata Prof Al-Musanad. – Berita Harian