~al-faqir muhammad ali~
Setiap hari Rasulullah menjawab salam daripada kita di dalam solat. Namun malangnya kita tidak mendengarnya. Hukum beri salam sunat manakala menjawab salam wajib. Semua kita tahu hukum itu. Mustahil anda memberi salam kepada baginda, Rasulullah tak jawab. Atau adakah anda ikhlas dan betul-betul memberi salam atau anda sekadar baca begitu saja tanpa menghayatinya? Kata orang meninggal dunia dah tiada hubungan dengan orang hidup? Bagaimana pula kita difardhukan Tahiyyat dlm solat? Apakah fungsi bacaan Tahiyyat itu adakah ia 'sia-sia' dilakukan tanpa roh? Eh benarkah orang yang masih hidup itu hidup dan orang yang dah mati itu mati spt daun-daun kering menjadi tanah? Nah, di sinilah pentingnya Mukasyafah dan Makrifatbillah yang mana tidak diajar di sekolah dan universiti. Ilmu ini ada dalam dada manusia yang dipilih Allah dan manusia yang mahu memilih dirinya menjadi terpilih dipandangan Allah.