Penawar Tanpa Duit dan Mahar, Nak buat ke tak nak?



PENAWAR JIWA DAN JASAD TANPA UBAT DAN DUIT

Saya senaraikan apa yang percuma anda blh buat. "Anda tak perlu keluarkan duit sesen pun".

1. Solat Lima waktu sehari semalam di Masjid.

2. Iktikaf di masjid slps solat terutama waktu malam selepas maghrib dan isya dan sejam sebelum Subuh.

3. Iktikaf sambil istighfar 100x La ila ha ilallah 100x Selawat 100x. 

4. Doa dgn penuh penghayatan.

5. Hadiah Fatihah kpd Rasulullah, sahabat nabi, kpd ibu bapa, diri sendiri zahir dan batin.

6. Henti tonton tv, dgr lagu muzik dll atau kurangkan.

7. Ziarah org2 tua yg soleh. Carilah pasti ada. Tak payah bagi duit.  Dtg je dgn hati yg ikhlas.

8. Ziarah kubur pusara ibu bapa kaum kerabat nenek datok kita dan ziarah kubur wali2 Allah ulamak2. Hadiah fatihah dan merenung hakikat kehidupan dan kematian.

9. Berjalan di pantai, gunung,alam semulajadi lihat dgn mata hati resapi keindahan alam ciptaan Allah, alam ini takkan minta sesen pun drp anda. 

10. Kalau ada ibu bapa santuni mereka, manja2 dgn mrk, dsb. Hubungkan silaturrahim bersama kaum kerabat dan saudara mara dan sahabat handai.

11. Bersahabat dgn org soleh, ziarah mrk, jadikan mrk sbg teman bual.

Sila tambah lagi jika ada...

Subscribe to receive free email updates: