Malam ini adalah penentuannya. Ya, malam penentuan pasukan manakah yang layak dinobatkan selaku jaguh untuk memenangi kejuaraan piala FA. Bertempat di venue kebanggaan, Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi saksi pasukan yang akan menjulang piala berprestij ini.
Apakah pasukan yang dijoloki dengan gelaran Tok Gajah (Pahang) akan menjadi juara atau pasukan Red Giants (Selangor) yang akan mengungguli kejuaraan kali ini. Setelah kedua-dua pasukan berhempas-pulas di awal musim dalam saingan liga, pasti mereka akan berjuang habis-habisan dan bermati-matian sehingga ke minit yang terakhir di pentas akhir ini.
Tentu sahaja saya mengharapkan pasukan kelahiran saya, Pahang akan menang bergaya ke atas pasukan Selangor untuk keluar sebagai pemenang. Memanglah, 'koi' orang Pahang, tentulah sokong Pahang.
Satu lagi, kebiasaannya jika menang piala, pasti akan dapat cuti peristiwa pada hari Isnin berikutnya. Itu yang seronok sangat-sangat. Tetapi itu zaman MB dulu, sekarang kami sudah dapat MB baru, namun harap-harap dapatlah. Lagipun MB lama dan MB baru dari parti yang sama.

Harapan yang menggunung agar kedua-dua pasukan dapat mempamerkan permainan yang berkualiti serta semangat kesukanan yang tinggi. Kalah atau menang perkara biasa, adat dalam pertandingan. Buktikan bolasepak adalah sukan yang menyatukan. Kitakan rakyat Malaysia.
Ayuh, Tok Gajahku!
Ayuh, Tok Gajahku!