Setakat ini cuma sekali sahaja saya ke Merapoh, iaitu ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan lebih dua dekad yang lalu. Selebihnya sekadar lalu ketika bermusafir ke Gua Musang di Kelantan. Beberapa kali saya melalui jalan ini dulu, saya benar-benar 'jatuh cinta' dengannya. Suasana kehijauan di kiri dan kanan laluan amat mengujakan. Hutan yang dikatakan berusia jutaan tahun menggamit rasa.
Dimana letaknya Merapoh? Merapoh merupakan sebuah pekan di pedalaman Pahang dalam kawasan utara daerah Lipis, Malaysia. Terletak berdekatan sempadan Pahang-Kelantan. Oleh kerana terletak di tengah-tengah laluan jalan raya antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur, ianya menjadi tempat persinggahan rehat pengguna jalan raya sebelum menyambung perjalanan.

Lantas mengapa tajuk coretan ini berjudul demikian? Begini kisahnya. Baru-baru ini seorang sahabat saya yang juga merupakan 'Aktivis Alam Sekitar' mengirim satu video berkaitan apa yang berlaku di Merapoh. Apa yang saya lihat amat mengejutkan! Sebelum ini memang saya ada terdengar mengenai kempen 'Save Merapoh', dan saya fikirkan ia tidak seperti apa yang berlaku sekarang. Rupa-rupanya saya tersilap dan ia jauh dari apa yang saya bayangkan.
Saksikan klip video di bawah yang dihantar oleh sahabat saya.
Saksikan klip video di bawah yang dihantar oleh sahabat saya.
Betapa sayangnya dengan khazanah alam dan negara jika begini jadinya. Apa yang dibimbangi, ekoran apa yang berlaku akan menjejaskan sektor eko pelancongan dan khazanah alam seperti flora dan fauna unik. Di kawasan itu, terdapat gua batu kapur kedua tercantik di Malaysia dianggarkan berusia antara 230 hingga 350 juta tahun dan habitat hidupan liar gajah, tapir, harimau, beruang, rusa dan kambing gurun serta spesies Bunga Padma Tikus atau nama saintifiknya rhizanthes loweii (Beccari) Harms iaitu keluarga rafflesia terkecil di dunia.
Bahkan, katanya pembalakan serta pembukaan hutan berhampiran gua batu kapur dikenali dengan Gua Hari Malaysia, turut menjejaskan air Sungai Merapoh yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk.
Semoga ada penegasan daripada pihak 'terbabit' dalam menangani perkara ini. Sayang jika ia musnah kerana kerakusan dan ketamakan sesetengah manusia. Moga generasi akan datang dapat melihat keindahan alam semulajadi ini. Insya-Allah..

http://ift.tt/2AYcrrf
http://ift.tt/2A6rGy2
http://ift.tt/2AYcsvj
http://ift.tt/2A6r4se
http://ift.tt/2jhxOfa
http://ift.tt/2in1cwI
http://ift.tt/2igFTwL
http://ift.tt/2iqdyZ0