Panduan Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha|SOLAT Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya. Solat sunat hari raya korban (Aidiladha) hukumnya Sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat hari raya dikerjakan dengan 2 rakaat pada hari raya pertama iaitu pada 10 Zulhijrah bagi solat sunat Aidiladha. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Panduan Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Berikut dikongsikan panduan menunaikan solat sunat hari raya aidiladha:
Lafaz Niat Solat Sunat Aidiladha
-Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz Tasbih
-Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha
1. Rakaat Pertama
-Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri di dalam hati.
-Membaca doa iftitah.
-Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
-Membaca surah Al-Fatihah.
-Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
-Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
2. Rakaat Kedua
-Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
-Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
-Membaca surah Al-Fatihah.
-Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
-Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
-Memberi salam.
Selamat menjalani ibadah solat sunat Hari Raya Aidiladha!