Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu|NANTIKAN drama terbaru berjudul Bahagia Kasihmu akan mengisi slot Zehra TV3. Drama ini merupakan adaptasi novel karya Fatin Nabila yang juga merupakan penulis novel bagi drama adaptasi Setia Hujung Nyawa. Diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dibawah terbitan A.Aida Production Sdn Bhd. Mengandingkan Fezrul Khan dan Eyka Farhana sebagai pelakon utama.

             Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu

JUDUL: BAHAGIA KASIHMU
EPISOD: 13 episod
TARIKH / MASA: 15 Jun 2017
SIARAN: Slot Zehra TV3
PENGARAH: Nazir Jamaluddin
TERBITAN: A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON: Fezrul Khan, Eyka Farhana, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazem Nor, Tisha Shamsir, Fazlina Ahmad Daud, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran

WATAK PELAKON
Fezrul Khan sebagai Zarul
Eyka Farhana sebagai Tasnim

SINOPSIS BAHAGIA KASIHMU

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bercambah dalam jiwanya.

"Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak. "

Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

Subscribe to receive free email updates: