Resepi Kek Pandan Marble

Resepi Kek Pandan Marble|Nak tahu bahan-bahan dan cara penyediaan kek pandan marble dengan mudah? Kali ini saya akan kongsikan 'Resepi Kek Pandan Marble' khas untuk anda. Jom lihat resepi dibawah!

Resepi Kek Pandan Marble

Resepi Kek Pandan Marble

Bahan-bahan:

1 cawan (225g) gula kastor
1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri dan diayak
1 cawan (225g) mentega
3-4 biji telur saiz A
3 sudu besar susu full cream
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko dan diayak
2 sudu besar pandan emulco

Cara Membuat Kek Pandan Marble:

1. Pertama kali, anda perlu pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.

3. Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sehingga sebati.

5. Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.

6. Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis.

7. Kemudian, bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.

Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates: