Panduan Pemeriksaan dan Servis Kereta Yang Terbaik

Panduan Pemeriksaan dan Servis Kereta Yang Terbaik|TAHUKAH anda tentang pemeriksaan dan servis kereta? Adakah anda sentiasa melakukan servis terhadap kereta anda? Pemeriksaan dan servis kereta hendaklah dilakukan secara "Preventive Maintenance" maksudnya mencegah itu lebih baik dari merawat. Disini saya akan kongsikan beberapa mengenai pemeriksaan dan servis kereta mengikut pengalaman saya menjadi pelajar praktikal dalam bidang automotif.

Panduan Pemeriksaan dan Servis Kereta Yang Terbaik

Panduan Pemeriksaan dan Servis Kereta Yang Terbaik

Berikut adalah beberapa pemeriksaan dan servis kereta yang anda boleh lakukan sendiri:

1-Pemeriksaan Fuel Filter

Fuel filter merupakan penapis kotoran dalam bahan petrol. Dari masa ke semasa, pastikan komponen ini ditukar. Langkah ini dapat memastikan kenderaan anda akan berjalan dengan lancar atau licin. Fuel Filter boleh ditukar sekitar 40,000km sekali.

2-Pemeriksaan Minyak Power Stering

Power Steering Fluid:
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 50,000km atau paling teruk 60,000 km. Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambah jika kurang.

3-Pemeriksaan Timing Belt, Aircon Belt dan Kipas

Timing belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pulley air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Timing belt anda boleh tengok kalau kat tepi belt dah getah dia dah retak-retak, berbenang dan berbulu-bulu tu tandanya dah sepatutnya perlu ditukar.

4-Pemeriksaan Automatic Transmission Fluid (ATF)

ATF - Automatic Transmission Fluid
-Minyak ATF ini memang penting bagi yang pakai kereta jenis AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km perlu ditukar. Tapi boleh juga extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yang besar.

5-Pemeriksaan Minyak Gear Box

Minyak gear manual perlu ditukar setiap kali 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.

Semak Asap Yang Keluar Melalui Ekzos:

Adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat. Sekiranya asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit). Asap hitam pula kerana karburator anda telah rosak.

6-Pemeriksaan Bateri

Bateri terdiri daripada jenis 9 plet atau 13 plet. Yang 13 plet lebih besar, lebih berkuasa, lebih tahan lama daripada 9 plet. Jaga bateri dengan baik dan bateri anda boleh bertahan lebih kurang 15 bulan puratanya.

Bateri Sel Basah
-Perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan air bateri. Biasanya ketahanan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan. Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik, seeloknya seminggu sekali, anda perlu periksa level air bateri anda. Pastikan isi air bateri jangan lebih dan kurang daripada tanda aras max dan min.

Bateri Sel Kering
-Tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator itu menunjukkan warna hijau maksudnya bateri masih lagi baik. Jika ada tanda warna hitam di tengah-tengah dan putih di bahagian tepi indicator itu maksud dia perlu charging.

7-Penukaran Clutch Plate

Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya ikut hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita atau apabila anda tekan minyak rpm naik tinggi meraung lebih itu tandanya clutch plate nak kong.

Tip Clutch Sudah Haus:
Hidupkan engine. Kemudian, tarik hand brake kuat-kuat. Gerakkan kereta, jika kereta tak respond tandanya clutch telah rosak / haus. Sekiranya depan kereta terangkat, clutch masih ok lagi

8-Pertukaran Head Gasket

Head gasket kalau bocor minyak, minyak enjin akan keluar daripada gasket dan meleleh turun ke engine block. Kemudian, meleleh kena bush yang berada pada lower arm. Apa kesannya? Kereta mula tak stable bila high speed sebab bush atau getah yang berada dalam lower arm tu memang alergi dengan kesan minyak. Head gasket perlu tukar apabila minyak leaking kat area head. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil yang ini top-overhaul. Perlu ditukar valve seal, cuci kepala piston dan tukar head gasket yang baru. Biasanya top overhaul diperlukan kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk anda!

Subscribe to receive free email updates: