Memandangkan MyEG bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, maka perkhidmatan ini mungkin hanya terhad kepada penduduk di Selangor sahaja. Semakan kasar kami mendapati undang-undang membayar zakat fitrah melalui internet adalah Harus.
Melalui aplikasi MyEG, pengguna boleh terus memilih pilihan untuk membayar "Zakat Fitrah", dan seterusnya memilih bayaran untuk berapa ramai orang, dan seterusnya melakukan pembayaran.
Selain daripada bayaran zakat, aplikasi MyEG juga turut menyediakan kemudahan untuk membayar saman JPJ, memperbaharui cukai jalan, dan memperbaharui lesen memandu.
Semoga bermanfaat!