Nak tahu tak tips jika tayar kereta anda pancit? Berikut dikongsikan tips jika tayar kereta anda pancit:
1. Jika anda merasakan keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (kebiasaan kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah
2. Cari tempat yang umum dan ramai orang. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Restoran, Cafe, dan Mall. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu, pastikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.
3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.
4. Terus hubungi kedai tayar atau perkhidmatan servis tampal tayar yang berdekatan untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.
5. Sekiranya tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang boleh membantu anda.
Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu. Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kawan-kawan atau saudara mara dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.
Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan seperti spanar, screwdriver, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.
Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru.
Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghadapi masalah tayar kereta anda yang pancit!